Dalam amalan berpantang, bertungku menjadi amalan wajib dari
dahulu lagi.
Tujuan bertungku adalah untuk memecahkan darah beku di dalam
rahim dan melancarkan pengeluaran darah nifas. Sekaligus mengecutkan rahim.
Bertungku juga boleh di lakukan di tapak kaki dan seluruh badan, untuk
melancarkan aliran darah, memecahkan lemak yang terhasil semasa mengandung dan
mengelakkan angin berkumpul di satu-satu bahagian badan yang mengakibatkan
lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan.
Malah, bertungku juga boleh menghilangkan ‘batu
meroyan’, yang sangat bahaya jika di biarkan.
Tungku terbahagi kepada 4 jenis
Tungku Besi
Beratnya lebih kurang 2kg dan lebih. Ada yang berbentuk
seperti gitar. Walaubagaimanapun, tungku besi yang biasa saya lihat adalah
berbentuk panjang. Cara menggunakannya ialah dengan memanaskan tungku di atas
api yang perlahan selama 15-30 minit. Kemudian, tutup api, dan biarkan besi seketika
sebelum membalutnya dengan kain yang sudah di letakkan daun mengkudu atau daun
sireh di dalamnya. Tujuan meletakkan daun mengkudu atau daun sireh adalah untuk
menaikkan aroma dan menambahkan keberkesanan amalan bertungku ini. Tetapi
sekarang sudah ada sarung tungku herba yang di datangkan sekali dengan tungku
besi ini, seperti sarung tungku herba Nawal.
Harga bagi tungku besi Nawal dan Sarung tungku herba Nawal ini juga berpatutan.
Tungku batu
Tungku batu ini lebih kurang cara penggunaannya dengan
tungku besi. Walaubagaimanapun, bentuk tungku batu ini kebanyakkan yang saya
jumpa ada berbentuk bulat dan lebih ringan. Malah, lebih lama kepanasannya
berbanding tungku besi.
Kebanyakkan tungku batu ini di dapatkan daripada sungai.
Batu yang seelok-eloknya adalah batu yang memang sudah terendam di dalam
sungai..lebih tahan lama dan lebih halus strukturnya.
Batu sungai (sumber: google) |
Tungku Herba
Tungku herba pula merupakan bunjut kain yang diletakkan
herba-herba terpilih yang diikat kemas. Cara penggunaannya pula ialah dengan
memanaskan menggunakan kaedah stim, sebelum di tuam di perut atau seluruh
badan. Tungku herba kini boleh di temui dengan pelbagai jenama seperti tungku
herba Leesa, tungku herba Ibu Halimah, tungku herba Anugerah, dan tungku herba
D’Herbs. Kebaikkan tungku herba ini adalah aromanya yang harum pasti menenangkan si ibu yang sedang berpantang. Malah, tungku herba juga ringan. Keburukan bagi tungku herba ini pula ialah, ia terlalu ringan. Jadinya, fungsi untuk menekan dan menghilangkan batu meroyan dan darah beku di dalam rahim juga mungkin memakan masa.
Tungku elektrik
Selain itu, ada juga tungku elektrik yang mana cara
penggunaannya adalah dengan memanaskan menggunakan elektrik. Kebaikkannya ialah, tungku ini tidak perlu di panaskan di atas api, sekaligus mengurangkan risiko terlupa tungku sedang di panaskan di atas api. Walaubagaimanapun, ,antara keburukan tungku elektrik ini ialah, ianya ringan dan risiko pula jika berlebihan arus elektrik, yang boleh menyebabkan risiko tungku ini mencair dan mengalirkan cecair panas.
Semoga info ini dapat memberi manfaat, ^_^
No comments:
Post a Comment