Friday, January 16, 2015

Resepi Susu Badam

Resepi susu badam

Sangat bagus untuk ibu dalam pantang untuk menambahkan susu badan, sumber tenaga, menguatkan darah dan sedap tau! ^_^

Bahan:

1 gelas susu segar
1 sudu teh serbuk badam
1 sudu besar kismis kuning atau 7 biji kurma nabi (tanpa biji)
1-2 sudu teh madu lebah asli atau madu arab
1 biji telur ayam kampung (kuning sahaja)

Cara-cara menyediakan:

Campur kesemua bahan, sebatikan dan minum.
Amalkan selama 2 minggu. Selepas 2 minggu, minum tanpa telur.

**Ada juga adunan digaul sebagi dengan hanya badam, kismis atau kurma dan madu lebah asli, seperti jem atau di telan begitu sahaja.
sumber: Google

Thursday, January 8, 2015

Barra Gel NR



Barra gel ialah pembersih Perapian Alat Sulit Wanita

Formula yang di perkayakan dengan daun sirih yang bercirikan antiseptik serta agen pembersih dengan herba terpilih untuk kegunaan harian bagi keselesaan dan kesegaran tubuh anda.

Barra Gel membantu secara tradisional :


  • Sebagai amalan harian dapat mengatasi bahagian sulit berbau, masalah keputihan, lelehan, infeksi fungal, kekeringan saluran sulit, iritasi bahagian sulit seperti kudis, luka dan iritasi bahagian dubur(buasir)
  • Sebagai amalan harian mempertingkatkan penjagaan kesihatan bahagian sulit terutama sekali semasa dan selepas haid, ibu hamil,  dan dalam pantang bersalin. Ia dapat membantu memelihara kesihatan tisu vagina dan kerapian otot faraj.
  • Amat disyorkan sebagai gel mandian untuk penjagaan kulit sensitif.

Harga: RM30 (kos pos RM6 semenanjung, RM9 ke sabah/srwk)

Berminat, boleh sms/ whatsapp saya di 0133250893 ^_^

Tuesday, January 6, 2015

Bengkung NR

Bengkung NR adalah antara bengkung yang bagi saya memang lain dari yang lain.

Mempunyai 2 tali yang kedudukannya berbeza. satu tali di bawah, ikat sehingga ke tengah.

Satu lagi tali, di ikat dari tengah sehingga ke atas.

Jadinya, bila hendak ke tandas, ikatan tali di bawah sahaja yang di buka, atau boleh di longgarkan.
Selepas ke tandas, bolehla di ketatkan semula ikatan tali yang di bawah sahaja.

Mudahkan!

Kain bengkung NR ini di perbuat dari jenis kain belacu yang berkualiti tinggi.

Malah labuhnya juga adalah dari bawah dada hingga menutupi bahagian punggung.

Selesa, dan kemas.

Highly recommended!







Monday, January 5, 2015

Ilmu oh Ilmu

Semalam sempat ke Stokis NR, ambil stok. Tapi, semalam ambil, hari ni habis. huhu.. restok semula. Memang produk laku keras! hehe

Sempat akak di Stokis beritahu ada buku baru. Buku penerangan tentang produk NR.

Wah, apa lagi, memang terus beli sebuah, sebab memang banyak ilmu tentang cara penggunaan produk NR ni yang saya masih tidak tahu. Al maklumlah, herba ni, cara penggunaannya pelbagai.

NR ni antara produk yang mak saya kata ialah produk yang eksklusif sebab produknya bagus dan mahal. Memang eksklusif. Bukan calang-calang orang yang memakainya pada zaman mak saya dahulu.

Tapi sekarang, harga NR sudah boleh dikatakan antara harga yang kompetitif. Sudah ramai yang mampu untuk menggunakan produk NR.

Sekarang sangat teruja meninjau produk untuk penjagaan selepas berpantang.

Nantikan saya update produk NR yang lain ya!

Banyaknya produk lain yang menarik lagi sebenarnya selain Set Bersalin NR.



Saturday, January 3, 2015

Makanan yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dimakan ketika berpantang

Assalamualaikum...

Semalam berblog walking, terjumpa info tentang makanan yang BOLEH dimakan dan yang TIDAK BOLEH dimakan, yang sangat hampir infonya dengan apa yang mak saya cakap. hehe...

saya jumpa info itu di

http://hidayahmk.blogspot.com/2011/03/makanan-dilarang-semasa-pantang.html

Mohon share ye tuan punya blog, supaya mudah saya nak rujuk masa dalam pantang nanti. Sebab kita bukan bersalin selalu, jadi memang lupa.

Ok, jom tengok.




BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal. Kalau nak jugak, boleh cuba selepas 2 minggu bersalin)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.


Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang

Ada sesetengah yang saya ubah sikit, sebab agak bertentangan dengan apa yang mak saya bagi dan tidak bagi. Tetapi, 90% adalah sama dengan info yang ada di blog tadi..

Jadi, ibu-ibu dah boleh rancang resepi apa yang nak di masak sepanjang waktu berpantang nanti... :)

Friday, January 2, 2015

Sarjan Zakwan sedia berkhidmat!

Pagi-pagi ni, saya suruh Zakwan baca buku Bacalah Anakku, memandangkan Zakwan masih belum mahir lagi buku 6.

Seperti biasa, Zakwan buat gaya malas. Jadi ummi cakap, kalau zakwan baca, ummi bagi baju dan pistol Upin Ipin. 

Bacalah Zakwan untuk 2 muka surat...jadilah kan, daripada tidak baca langsung. 

Ha...garang tak saya? ;p
Dah dapat tu, senyum je memanjang. Anak, bila dapat sesuatu yang di pinta, tak cantik macam mana pun yang ummi dia buat, bangganya tidak terhingga. :)

Sebenarnya, dah lama juga Zakwan minta pakaian Angkasawan, tapi ummi kata nanti dulu. Tapi, bila bertukang baju ni malam tadi, yang terlintas di fikiran ummi ialah baju polis!

Aduh...silap sebenarnya...huhu...

Tapi zakwan nampak gembira dan teruja je dengan baju yang ummi buat ni. Jadinya, tutup sudah cerita baju angkasawan. hehe...kalau dia teringat baju angkasawan nanti, ummi buatkan yang lain :)

Sepanjang cuti sekolah ni, Zakwan sihat alhamdulillah. Ummi ikhtiar dengan Qaseh Junior je, dah lama juga dia tak demam, selesema atau batuk.

Zakwan ada baaanyak masa, maka ada pelbagai perkara yang nak di buatnya.

Umminya layan je la... ;)

kelat je muka...Apa ummi nih, zakwan tengah jadi Sarjan Zakwan ni, Ummi suruh pegang Qaseh Junior pula...hihi



Izzah, susu ibu dan Qaseh Adinda

Hari ni tiba-tiba teringat saat awal mengandungkan Abdullah Fahmi. Izzah ketika itu umurnya 1 tahun 6 bulan.

Saya tidak mampu untuk Tandem Nursing ( menyusukan 2 bayi serentak) Izzah dan baby sekali, sebab even menyusukan seorang bayi pun boleh buatkan saya stress sekiranya baby mahu 'mengempeng' sahaja sehingga tak boleh buat kerja lain. Kalau kerja yang boleh di tangguhkan tidak mengapa juga, tetapi dengan customer, poslaju, urusan rumahtangga dan keperluan Zakwan perlu juga di jaga.

Jadi, saya cuba berhenti menyusukan Izzah. Yang peliknya, walaupun kandungan sudah 3 bulan, susu badan tetap ada!

Berlainan sungguh ketika saya mengandungkan Izzah dahulu, ketika usia kandungan 3 bulan, susu kering terus, sehingga Zakwan memang terpaksa berhenti menyusu.

Kemudian selepas sebulan, dengan pelbagai usaha, Izzah berhenti menyusu ketika usianya 1 tahun 10 bulan...

Nak dijadikan cerita, Izzah keracunan makanan pada usianya 1 tahun 11 bulan, siap masuk ICU kanak-kanak lagi. huhu..muntah-muntah hingga tidak sedarkan diri, dan selepas dia bangun dari pengsannya itu, dia cirit birit pula. Cirit birit yang bukan sedikit, tetapi sampai habis satu katil tu kotor dengan najis berat Izzah.

Bonda ku tersayang yang melawat Izzah menyarankan saya menyusukan Izzah semula, memandangkan Izzah masih mahu menyusu badan. Agak berat hati sebenarnya, sebab Izzah memang dah boleh tidur malam tanpa menyusu, tetapi kene mulakan semula. Lagipun saya rasa mana ada susu badan lagi selepas sebulan berhenti menyusu.

TAPI, try juga bagi....dan ye, ada susu lagi rupanya. Wah....Senyum lebar budak tu. Pelik memang pelik. Dan Izzah terus tersenyum sehinggalah dia pulih sepenuhnya 2-3 hari selepas itu. Alhamdulillah...

Fikir punya fikir, saya rasa memang Qaseh Gold Adinda a.k.a Qaseh Adinda ni la penyebabnya. hehe...memang tak kering susu.

So, sesiapa yang berniat nak tandem nursing, boleh la amalkan Qaseh Adinda nih. Insyaallah berkesan...^_^