Tuesday, August 12, 2014

Di sini ku curahkan segalanya

Alhamdulillah...bermula sudah perjalanan menghasilkan blog yang lebih tersusun, berinformatif dan lebih menarik dengan bimbingan mereka yang lebih arif insyaAllah...

Setelah 3 tahun menceburkan diri dalam bisnes menjual pelbagai Set Bersalin, terasa banyak informasi, pengalaman yang ingin saya kongsikan dan catatkan supaya boleh menjadi rujukan saya dan ibu-ibu di masa hadapan.

Di dalam blog ini juga, akan saya kongsikan juga berkenaan resepi untuk mereka yang berpantang, pantang larang semasa berpantang, panduan menguruskan bayi, dan pelbagai lagi info menarik yang pastinya berguna.

Selain itu, perkongsian pengalaman dan ilmu mengenai bisnes juga akan cuba saya catat. Sudah pasti pelbagai tips dan panduan bisnes dari rumah yang boleh kita letakkan di sini untuk di jadikan rujukan.

Sudi-sudilah melawat ke blog saya ni, dan tinggalkan link blog anda juga ya ! ^_^

No comments:

Post a Comment