Friday, January 2, 2015

Izzah, susu ibu dan Qaseh Adinda

Hari ni tiba-tiba teringat saat awal mengandungkan Abdullah Fahmi. Izzah ketika itu umurnya 1 tahun 6 bulan.

Saya tidak mampu untuk Tandem Nursing ( menyusukan 2 bayi serentak) Izzah dan baby sekali, sebab even menyusukan seorang bayi pun boleh buatkan saya stress sekiranya baby mahu 'mengempeng' sahaja sehingga tak boleh buat kerja lain. Kalau kerja yang boleh di tangguhkan tidak mengapa juga, tetapi dengan customer, poslaju, urusan rumahtangga dan keperluan Zakwan perlu juga di jaga.

Jadi, saya cuba berhenti menyusukan Izzah. Yang peliknya, walaupun kandungan sudah 3 bulan, susu badan tetap ada!

Berlainan sungguh ketika saya mengandungkan Izzah dahulu, ketika usia kandungan 3 bulan, susu kering terus, sehingga Zakwan memang terpaksa berhenti menyusu.

Kemudian selepas sebulan, dengan pelbagai usaha, Izzah berhenti menyusu ketika usianya 1 tahun 10 bulan...

Nak dijadikan cerita, Izzah keracunan makanan pada usianya 1 tahun 11 bulan, siap masuk ICU kanak-kanak lagi. huhu..muntah-muntah hingga tidak sedarkan diri, dan selepas dia bangun dari pengsannya itu, dia cirit birit pula. Cirit birit yang bukan sedikit, tetapi sampai habis satu katil tu kotor dengan najis berat Izzah.

Bonda ku tersayang yang melawat Izzah menyarankan saya menyusukan Izzah semula, memandangkan Izzah masih mahu menyusu badan. Agak berat hati sebenarnya, sebab Izzah memang dah boleh tidur malam tanpa menyusu, tetapi kene mulakan semula. Lagipun saya rasa mana ada susu badan lagi selepas sebulan berhenti menyusu.

TAPI, try juga bagi....dan ye, ada susu lagi rupanya. Wah....Senyum lebar budak tu. Pelik memang pelik. Dan Izzah terus tersenyum sehinggalah dia pulih sepenuhnya 2-3 hari selepas itu. Alhamdulillah...

Fikir punya fikir, saya rasa memang Qaseh Gold Adinda a.k.a Qaseh Adinda ni la penyebabnya. hehe...memang tak kering susu.

So, sesiapa yang berniat nak tandem nursing, boleh la amalkan Qaseh Adinda nih. Insyaallah berkesan...^_^


No comments:

Post a Comment