Friday, January 2, 2015

Sarjan Zakwan sedia berkhidmat!

Pagi-pagi ni, saya suruh Zakwan baca buku Bacalah Anakku, memandangkan Zakwan masih belum mahir lagi buku 6.

Seperti biasa, Zakwan buat gaya malas. Jadi ummi cakap, kalau zakwan baca, ummi bagi baju dan pistol Upin Ipin. 

Bacalah Zakwan untuk 2 muka surat...jadilah kan, daripada tidak baca langsung. 

Ha...garang tak saya? ;p
Dah dapat tu, senyum je memanjang. Anak, bila dapat sesuatu yang di pinta, tak cantik macam mana pun yang ummi dia buat, bangganya tidak terhingga. :)

Sebenarnya, dah lama juga Zakwan minta pakaian Angkasawan, tapi ummi kata nanti dulu. Tapi, bila bertukang baju ni malam tadi, yang terlintas di fikiran ummi ialah baju polis!

Aduh...silap sebenarnya...huhu...

Tapi zakwan nampak gembira dan teruja je dengan baju yang ummi buat ni. Jadinya, tutup sudah cerita baju angkasawan. hehe...kalau dia teringat baju angkasawan nanti, ummi buatkan yang lain :)

Sepanjang cuti sekolah ni, Zakwan sihat alhamdulillah. Ummi ikhtiar dengan Qaseh Junior je, dah lama juga dia tak demam, selesema atau batuk.

Zakwan ada baaanyak masa, maka ada pelbagai perkara yang nak di buatnya.

Umminya layan je la... ;)

kelat je muka...Apa ummi nih, zakwan tengah jadi Sarjan Zakwan ni, Ummi suruh pegang Qaseh Junior pula...hihi



No comments:

Post a Comment